Persidangan Parti-Parti Perjanjian_Escazu

Persidangan Parti-Parti (COP) Perjanjian Escazù yang pertama telah berlangsung dari 20 hingga 22 April 2022 di Santiago, Chile. Terdapat tiga agenda bagi persidangan tersebut: peraturan perlaksanaan perjanjian tersebut, pembiayaan yang diperlukan untuk melaksanakan perjanjian tersebut dan penubuhan Jawatankuasa Sokongan Pematuhan dan Perlaksanaan (Bahasa Inggeris: Implementation and Compliance Support Committee). Salah satu aspek yang unik bagi persidangan tersebut ialah penglibatan orang awam. Enam wakil orang awam yang menyertai persidangan tersebut dilantik melalui sebuah undian terbuka ECLAC. Kebanyakan wakil orang awam merupakan aktivis sosio dan alam sekitar atau anggota organisasi yang berkaitan dengan ketelusan dan demokrasi alam sekitar.[22]

Kesemua agenda tersebut telah dicapai. Semasa persidangan tersebut, wakil daripada Bolivia telah membentangkan satu usul untuk mengubah suai satu perenggan dalam perjanjian tersebut yang berkaitan dengan penglibatan orang awam dalam jawatankuasa pengarah perjanjian tersebut, dan usul tersebut telah ditolak secara sebulat suara oleh peserta persidangan itu.[23]

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian_Escazu https://www.lanacion.com.ar/politica/argentina-rat... https://english.elpais.com/usa/2021-04-27/internat... https://hir.harvard.edu/protecting-latin-americas-... https://ceere.eu/pjiel/wp-content/uploads/2021/06/... https://www.gob.mx/sre/prensa/mexico-makes-history... https://dialogochino.net/en/climate-energy/42265-b... https://dialogochino.net/en/climate-energy/52871-c... https://dialogochino.net/en/climate-energy/53209-e... https://observatoriop10.cepal.org/en/treaties/regi... https://repositorio.cepal.org/bitstream/handle/113...